BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Halaman

YA ALLAH...

Aku serahkan anak-anakku
MUHAMMAD HAZIQ ADAM, MUHAMMAD ISKANDAR & DHIA SHAMILA
di bawah perlindungan kalimat ALLAH SWT yang sempurna dari gangguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakakan mereka, kurniakanlah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan yang baik dan selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat"
"Amin Ya Rabbal alamin"...

Ahad, 6 Januari 2013

Otak Aku Dah Penat

salam,

hari ini lepas dah separuh rasa rindu, rasa sayang, rasa kasih pada 2 insan yang aku sayang, yang aku rindu dan yang aku kasih...Insan Pertama yang aku jumpa hanya mampu menatapnya dari jauh tubuh montel yang kaku, pucat dan sejuk sedang di kafankan...walaupun dari jauh itu sudah cukup puas aku menatapnya... maafkan aku, aku dah halal kan semua nya, pergilah, pergilah dengan tenang, renunglah dari alam baru mu pada insan-insan yang menyayangi mu wahai sahabat, teman dan adik ku...pergilah berjumpa dengan ibu mu yang terlebih dahulu pergi meninggalkan mu... hanya doa yang mampu ku kirimkan padamu wahai teman...moga dikau tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...AL-FATIHAH

Insan yang Kedua ku temui adalah insan yang pernah bertahta dihatiku untuk sekian lamanya... berjumpa setelah 2 tahun kita terpisah, berjumpa ketika dirimu terlantar sakit tidak terdaya di katil wad hospital, ikhlas ku datang melawat mu wahai kekasih hati...Hanya doa yang mampu ku hadiahkan buat mu... argg teringat kenangan-kenangan manis saat kita bersama...jauh perjalanan kita dahulu.. dulu engkaulah sang pujangga ku, kau lah penjaga ku, kau sentiasa disisi susah dan senang, dah macam-macam halangan kita tempuhi... kini aku sendiri tak termampu menjaga mu kerana ada yang lebih berhak menjaga dirimu... Doa ku agar ALLAH melindungi mu, moga dikau sihat seperti sediakala...mohon ampun dan maaf atas segala-galanya...AL_FATIHAH...

pada abah ku HASHIM BIN RAHMAT... tabahkan hati mu, kuatkan semangat, kaklang tau abah kuat semangat, bersabar dan bertawakal lah wahai abah kesayangan ku, moga ALLAH memberikan kesihatan yang baik, Insya'ALLAH anak-anak mu sentiasa disisi...

0 Bahan Peninggalan: